Satira Dalam Politik dan Pembangunan Malaysia
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Satira Dalam Politik dan Pembangunan Malaysia
Author: Fairuzzaman Shaharuddin & Muhammad Azwan Abd Rahman
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294862111
Weight: 0.237kg
Pages: 154pp
Year: 2024
Price: RM35
Buku Satira dalam Politik dan Pembangunan Malaysia membincangkan tema berhubung menanggapi budi daya satirawan dalam mencerahkan makna penentangan dalam bentuk apa jua kekuasaan yang menghimpit masyarakat dengan lelucon, jenaka, dan tiruan lucu karya sastera (parodi) di ruang awam. Menerusi buku ini penulis menyingkapi ketekalan satirawan dalam karya-karya yang dihasilkan untuk mencolok mata dan mendekam masyarakat tentang kebebalan sebahagian ideolog politikus dalam pembodohan ke atas masyarakat.
Di Malaysia, pasca reformasi adalah titik pulang modal kepada satirawan dalam politik dan pembangunan kerana wujud dekad ketamakan sebelum ini yang membinasakan lingkungan ekologi insan, masyarakat dan negara. Arakian, ada karya satira yang meladeni transkrip umum dan transkrip tersembunyi sebagai aksi penentangan kumpulan ini di ruang awam. Seni yang dipaculkan oleh satirawan dalam gerakan kesusateraan terdahulu, pasca reformasi dan marcapada ini juga telah diperhalusi dengan persis dengan nilai keketaraan. Karya asli ini berbaloi untuk ditelaah kerana ia akan melacak dan menggugah cara fikir pembaca terkait karya-karya satirawan yang bergulat dengan asakan paradigma politik pembangunan daripada pelbagai sudut.