• Sekilas_Bicara_Politik_Msia_Final_Print-600x600
  • Sekilas_Bicara_Politik_Msia_Final_Print-600x600
1

Sekilas Bicara Politik Malaysia

Regular price
RM 48.00
Sale price
RM 48.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Sekilas Bicara Politik Malaysia

Author: Noor SulastryYurni Ahmad

Publisher: UM Press

ISBN: 978-983-100-892-8

Year: 2015

Weight: 0.300 kg

Price: RM48

Landskap politik lokal sentiasa menjadi rencah dalamperbincangan masyarakat Malaysia pada masa kini. Dek kerana pelbagai perkara yangdilihat menggembirakan dan menghimpit kehidupan rakyat mewujudkan satuparadigma iklim politik yang semakin meriah dalam konteks negara demokrasi.Peranan setiap individu dan pemimpin negara amat signifikan dalam menentukanhala tuju dan masa depan negara. Tidak hanya bersandarkan ketentuan dankemenangan melalui pilihan raya yang diadakan sahaja, tanggungjawab parapemimpin negara harus sentiasa berkhidmat untuk rakyat dan memastikan kebajikanserta keselesaan hidup sentiasa terjamin. Penceritaan buku ini juga menyebuttentang amalan feudal yang pernah menjengah dalam sistem kepimpinan negara yangtelah membentuk sifat ketaatan dan kesetiaan rakyat terhadap pemimpin yangdikenali sebagai sultan, pembesar, menteri, penghulu dan sebagainya. Kesetiaanini telah memupuk hubungan pertalian antara pemimpin dengan yang dipimpin (pemimpindan rakyat). Sifat ini berpindah dari masa ke masa mengikut peredaran masa dancuaca politik negara. Malah, sifat hegemoni yang sebati dalam budaya politikMalaysia juga mengikut arus kepimpinan politik telah menjadikan perjuanganpolitik semakin terbuka dari hari ke hari. Justeru tidak dilupakan kehadiran suaraanak muda dan kaum wanita dalam memperjuangkan idea dan kepentingan hakmerancakkan lagi demokrasi Malaysia adalah amat signifikan. Anak muda dilihatakan mewarnai dan menggegarkan perubahan politik lokal dan peranan mereka amatmenarik diketengahkan dalam perbincangan seharian. Kelebihan atau keutamaanyang diberikan kepada kaum wanita dalam pelbagai aspek merupakan tindakan yangamat positif demi perkembangan ekonomi yang semakin menjadi tumpuan utamabanyak pihak. Buku ini bukan sahaja menyentuh perspektif politik dalam melihat petamasyarakat pada masa kini tetapi turut menyentuh penyusunan yang diperlukanuntuk menguruskan isu-isu lokal dengan bijak. Malah, tidak lengkap jika bicarapolitik Malaysia kini tidak melihat masa depan parti-parti politik yang memeriahkanlandskap politik lokal. Susur galur perjalanan politik Malaysia telah melaluisebuah proses yang pelbagai, walaupun tidak terlalu panjang berbanding negaraluar namun pengalaman yang dikutip tersemat rapi dalam sejarah negara.