Sel Fuel Oksida Pepejal Teknologi Hijau Penghasil Tenaga Alaf Baru
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sel Fuel Oksida Pepejal Teknologi Hijau Penghasil Tenaga Alaf Baru
Author:Azreen Junaida Abd Aziz & Nurul Akidah Binti Baharuddin
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786297547435
Weight: 215g
Pages:151pp
Year: 2023
Price:RM30
Semasa buku ini dikarang, dunia berdepan dengan pandemik Covid-19 termasuklah di Malaysia. Kebanyakan pelajar pascasiswazah tidak dapat meneruskan kajian mereka di makmal-makmal dan terpaksa menjalankan pembelajaran di atas talian sahaja dan bekerja dari rumah. Dek keranakekangan menjalankan kajian di makmal, maka tercetuslah idea untuk membukukan sedikit informasi daripada hasil kajian. Sehingga buku ini ditulis, buku sel fuel yang ditulis dalam bahasa melayu di dalam pasaran Malaysia hanyalah beberapa buah sahaja termasuklah salah satunya iaitu buku Peranti Sumber Kuasa Mudah Alih menggunakan Sel Fuel Metanol Langsung yang ditulis oleh Prof. Ir. Dr. Siti Kartom Kamarudin, Pengarah
Institut Sel Fuel, Universiti Kebangsaan Malaysia. Diharap dengan kehadiran buku ini yang ditulis secara santai dan tidak terlalu sarat dengan teori kejuruteraan yang rumit, dapat menimbulkan minat masyarakat terhadap tenaga sel fuel yang lebih mesra alam dengan kadar kecekapan penghasilan tenaga yang tinggi. Semoga buku ini juga dapat menjadi peneraju kepada penggunaan sel fuel secara lebih meluas di negara kita, Malaysia. Kita mengidamkan bumi yang bebas daripada pencemaran karbon yang semakin meningkat saban hari, lantas teknologi sel fuel inilah penyelesaiannya.
Ribuan terima kasih kepada ahli keluarga yang tak jemu memberikan sokongan dan dokongan dalam merealisasikan buku ini. Tak lupa juga kepada semua yang terlibat dalam perjalanan dan berjuang memartabatkam sel fuel di Malaysia dengan acuan dan teknologi kita sendiri. Semog= suatu hari nanti teknologi sel fuel akan mendapat tempat yang sewajarnya di negara kita dan berkembang dengan maju. Buku dan kajian ini disokon oleh Geran GUP-2020-080.