Sistem Kekeluargaan Islam dan Amalannya di Malaysia
- Regular price
- RM 49.00
- Sale price
- RM 49.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sistem Kekeluargaan Islam dan Amalannya di Malaysia
Author: Syed Omar Bin Abdullah Alshatrie
Translator: Sharifah Zahra Binti Omar Alshatrie
Publisher: UnisZA Press
ISBN: 9789672750147
Weight:
Pages: 296pp
Year: 2022
Price: RM49
Buku Sistem Kekeluargaan Islam dan Amalannya di Malaysia ini mengupas tentang hukum-hakam kekeluargaan dalam Islam serta aplikasinya menurut Undang-undang Kekeluargaan Islam yang diamalkan di Malaysia. Buku ini asalnya merupakan nota bagi kursus elektif Sistem Kekeluargaan Islam yang ditawarkan kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UniSZA. Namun, isi kandungan buku ini telah ditambah baik dan diolah semula bagi disesuaikan untuk bacaan umum. Fakta-fakta figah yang terdapat dalam buku ini secara dasarnya dipetik menurut pandangan Mazhab Syafi'i. Namun dalam sesetengah isu, pandangan tiga mazhab yang lain iaitu Hanafi, Maliki dan Hambali turut dimasukkan. Ini adalah bagi disesuaikan dengan definisi "Hukum Syarak" yang terdapat dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Terengganu) 2017 iaitu hukum syarak mengikut Mazhab Syaf'i atau mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki, Hanafi atau Hambali. Selain itu, pandangan-pandangan selain mazhab empat, tokoh-tokoh ulama silam dan kontemporari turut dimasukkan apabila berlakunya keperluan. Ini adalah sebagai satu perbandingan pendapat yang berkemungkinan dapat dilihat dari sudut kerelevanan pendapat-pendapat tersebut dalam konteks semasa. Ini adalah melihatkan kepada fleksibiliti Syariat Islam yang boleh menerima perubahan hukum berdasarkan perubahan masa dan tempat.