• Sur-Pol
  • Sur-Pol
1

Surfaktan Polimer Ionik Berasaskan Kanji Ubi Dioscorea

Regular price
RM 40.00
Sale price
RM 40.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Surfaktan Polimer Ionik Berasaskan Kanji Ubi Dioscorea

Author: Elmi Sharlina Md Suhaimi
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672510494
Weight: 0.358kg
Page: 233
Year: 2020
Price: RM40

Kebanyakan surfaktan komersial yang ada di pasaran adalah sebatian yang sukar terbiodegradasi, tidak terurai dan kadangkala bertukar struktur semasa penguraian menyebabkan ia berbahaya kepada alam sekitar dan manusia. Penghasilan bahan baharu berasaskan sumber semula jadi telah menarik perhatian saintis pada masa kini bagi menggantikan surfaktan komersial. Kanji mempunyai keistimewaan seperti mudah terbiodegradasi, mudah diperoleh, boleh diperbaharui, dan telah digunakan secara meluas dalam industri makanan dan bukan makanan. Kanji telah diekstrak dari ubi Dioscorea pyrifolia dan D. pentaphylla. Surfaktan polimer ionik berasaskan kanji D. pyrifolia berjaya disintesis bagi menghasilkan kanji anionik, kanji kationik dan kanji zwitterionik. Emulsi yang stabil daripada surfaktan polimer ionik ini telah berjaya dihasilkan dan ia sesuai bagi menghasilkan produk penjagaan diri, produk pembersihan dan pelembut pakaian. Kesedaran bahawa tiada satu surfaktan yang sesuai dengan semua jenis kegunaan adalah amat penting kerana surfaktan yang berbeza diperlukan untuk aplikasi yang berbeza. Secara keseluruhan, surfaktan polimer ionik berasaskan kanji ini yang dihasilkan boleh dijadikan surfaktan alternatif berasaskan bahan semula jadi untuk menggantikan surfaktan komersial sedia ada yang lebih mesra alam.