Transformasi Budaya Politik Melayu Terengganu
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Transformasi Budaya Politik Melayu Terengganu
Author: Ilyas Abdullah, Jamaie Hamil & Sity Daud
Publisher: UKM Press
ISBN: 97896725111557
Weight: 0.255kg
Page: 162
Year: 2021
Price: RM30
Buku ini membincangkan transformasi budaya politik Melayu di Terengganu pasca PRU ke-10 yang dimanifestasikan selepas pemecatan Anwar Ibrahim pada 2 September 1998. Budaya politik Melayu Terengganu sebelum PRU ke-10 menyaksikan sokongan pengundi terhadap UMNO-BN begitu kukuh dan dominan. Buku ini ditulis berdasarkan kepada berlakunya pola ketidaktentuan pengundian yang ditunjukkan dalam lima siri pilihan raya terakhir di Terengganu iaitu pada tahun 1999, 2004, 2008, 2013 dan 2018.
Hal ini kerana pertembungan dua parti Melayu-Islam utama iaitu UMNO dan PAS sangat sengit. Keputusan pasca PRU ke-10 menunjukkan UMNO dan parti oposisi khususnya PAS mempunyai peluang yang seimbang untuk membentuk kerajaan di Terengganu. Hasil penulisan buku ini menunjukkan bahawa pembangunan merupakan faktor utama yang mempengaruhi pembentukan budaya politik Melayu di Terengganu sebelum dan selepas PRU ke-10. Namun begitu, pasca PRU ke-10, pembangunan tidak lagi ditafsirkan sekadar mengecapi nikmat keselesaan semata-mata, malahan mesti turut disepadukan dengan prinsip keadilan. Keperluan terhadap nilai ini mempengaruhi transformasi budaya politik masyarakat Melayu di Terengganu pasca PRU ke-10.