• WhatsApp_Image_2024-05-28_at_20.11.12.jpeg
  • WhatsApp_Image_2024-05-28_at_20.11.12
  • WhatsApp_Image_2024-05-28_at_20.11.12.jpeg
  • WhatsApp_Image_2024-05-28_at_20.11.12
1

Universiti Bukan Hanya Untuk Lulus

Regular price
RM 42.00
Sale price
RM 42.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Universiti Bukan Hanya Untuk Lulus

Author: Afandi Ahmad & Muzakkir Nadzri
Publisher: UTHM Press
ISBN: 9786294900240
Weight: 
Pages: 111pp
Year: 2024
Price: RM42.00

Meneruskan pengajian di universiti, analoginya seperti sedang mengayuh basikal. Untuk mara ke hadapan, kita perlu terus mengayuh dan mengimbangi badan. Ada masanya pergerakan menjadi begitu berat dan memerlukan kekuatan luar biasa, kerana kita sedang mendaki bukit. Ada ketikanya pula, kita terpaksa lebih berhati-hati, menekan brek kerana sedang menuruni bukit. Bayangkan jika kita menggunakan kayuhan yang sama pada setiap masa dan keadaan, tanpa menghiraukan perubahan persekitarannya, apakah agaknya yang bakal terjadi? Jika diimbas sejarah perjalanan hidup masing-masing, bagaimana kayuhan ketika di bangku persekolahan? Wajarkah kaedah kayuhan yang sama ketika di sekolah digunakan di universiti, tetapi mengharapkan hasil yang berbeza? Dengan cabaran yang sudah tentu berbeza, penjajaran, perubahan dan penyesuaian mesti dilakukan.

 
Buku Kekal Positif – Universiti Bukan Hanya Untuk Lulus lahir hasil kompilasi pengalaman peribadi sebagai pelajar di universiti serta digarap bersama hasil di lapangan setelah berkecimpung dengan kehidupan pelajar di universiti menerusi beberapa siri amanah jawatan pentadbiran. Menyedari hakikat serta melihat bahawa universiti bukan sekadar tentang cerapan mata nilai dan gred, membetul dan menjajar set minda pelajar perlu dibuat. Memahami susur galur jangkaan, cabaran dan realiti alam kampus, buku ini menjadi medan perkongsian kepada semua bakal pelajar dan pelajar semasa agar kehidupan di universiti dapat menjadi titik tolak membentuk insan yang bukan sahaja boleh memimpin diri, malah pastinya kelak memimpin perubahan negara yang kita cintai.