• WhatsApp_Image_2021-06-21_at_10.53.13
  • WhatsApp_Image_2021-06-21_at_10.53.13
1

Warisan Manuskrip Melayu Edisi Kedua

Regular price
RM 175.00
Sale price
RM 175.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Warisan Manuskrip Melayu Edisi Kedua

Author:

Publisher: Perpustakaan Negara Malaysia

ISBN: 9789679313437

Weight: 800g

Pages: 441

Year: 2019

Price: RM175

Penerbitan buku Warisan Manuskrip Melayu ini merupakan edisi yang diperluas dengan penambahan 4 rencana terbaharu daripada edisi asal yang merangkumi ilmu seksologi, kosmologi, ilustrasi dan seni binaan Melayu tradisional. Hasrat Perpustakaan Negara Malaysia agar ini buku ini dapat mengubah persepsi masyarakat mengenai keterbatasan kandungan ilmu dalam manuskrip Melayu yang hanya menjurus kepada ilmu agama semata. Penerbitan buku ini juga merupakan salah satu usaha Perpustakaan Negara Malaysia untuk menyebarkan kesedaran mengenai kepentingan manuskrip Melayu serta mempersembahkan kepelbagaian ilmu yang telah dicetuskan oleh cendekiawan silam untuk tatapan umum. Buku ini turut menyajikan format bergambar mengenai manuskrip Melayu, ilustrasi, jadual falak daripada koleksi Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia serta foto-foto binaan tradisional Melayu. Semoga nukilan yang disajikan ini dapat membangkitkan semangat serta memberi inspirasi kepada pengkaji, pencinta manuskrip Melayu serta masyarakat terhadap manuskrip Melayu sebagai warisan intelek Melayu yang sentiasa malar segar sepanjang zaman.

Maizan binti Ismail
Ketua Pengarah
Perpustakaan Negara Malaysia