• Warisan.png
  • Warisan
  • Warisan.png
  • Warisan
1

Warisan Sakral Nusantara

Regular price
RM 41.00
Sale price
RM 41.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Warisan Sakral Nusantara

Editors: Aiza Maslan@ Baharudin & Wan Asmah Wan Teh 
Publisher: USM Press
ISBN: 9789674618421
Weight: 0.37 kg
Pages: 197
Year: 2024
Price: RM41

Buku ini memberi fokus kepada warisan sakral sama ada yang masih wujud serta diamalkan, mahupun yang telah lama ditinggalkan oleh masyarakat, umumnya di Nusantara. Sakral secara khusus bermaksud suci, mempunyai kuasa khas malah ajaib serta luar biasa, sering dikaitkan dengan hal yang bersifat kudus, transenden, misteri, sempurna dan mempunyai kesan transformatif kepada kehidupan dan takdir masyarakat yang mengamalkan dan menganutinya. 

Sakral adalah sebuah pengalaman yang dilalui dan dipelajari secara tidak langsung oleh semua kelompok masyarakat dan wajar untuk dijadikan warisan dan rujukan kepada generasi akan datang tentang konsep “suci” yang pernah menjadi tonggak kepada kebudayaan dan adat istiadat sesebuah masyarakat. 

Konsep suci ini menyangkut hal-hal yang wajib diterima tanpa bantahan dan diakui benar-benar terjadi tanpa pembuktian dan hanya bersandarkan cerita dan kepercayaan orang tua-tua yang pernah mengalami, mendengar kembali atau mengaitkan amalan tersebut dengan peristiwa dahsyat yang pernah terjadi puluhan tahun malah ribuan tahun sebelumnya.