• 99697382
  • 99697383
  • 99697382
  • 99697383
1

Nanoelektronik Berasaskan Bahan Nanokarbon

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Nanoelektronik Berasaskan Bahan Nanokarbon

Author: Mohd Ambri Mohamed
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672516026
Weight: 
Pages: 148
Year: 2021
Price: RM35

Sejak lebih 5 dekad yang lalu, Silikon telah mendominasi teknologi dalam industri elektronik. Prestasi peranti elektronik seperti kepantasan pemprosesan mikrocip bergantung kepada bilangan transistor yang terkandung di dalamnya. Gordon Moore, pengasas-bersama Intel menjangkakan bilangan transistor yang terkandung di dalam mikrocip Silikon meningkat 2 kali ganda setiap 2 tahun untuk menampung keperluan pemprosesan yang kompleks dan kepelbagaian fungsi peranti elektronik berprestasi tinggi saban tahun. Penambahan bilangan transistor ini tentu sahaja tidak boleh ditampung lagi dengan saiz mikrocip yang terhad. Ditambah pula dengan saiz peranti elektronik yang semakin mengecil. Saintis dan jurutera sentiasa mencari bahan alternatif sebagai bahan generasi masa depan sebagai alternatif kepada Silikon. Bahan nanokarbon yang terdiri daripada pelbagai alotrop yang unik dalam semua dimensi seperti tiub karbon nano, grafin dan tallerin merupakan bahan berpotensi tinggi untuk menggantikan Silikon. 

Bahan ini bersaiz tersangat kecil iaitu 1 nanometer dan boleh bersifat semikonduktor atau konduktor, berupaya menggantikan fungsi Silikon di dalam mikrocip. Seterusnya mampu menampung bilangan transistor sehingga berbilion di dalam sesuatu mikrocip. Oleh itu, litar CMOS generasi baharu berpotensi dibuat dengan hanya merangkumi unsur berasaskan karbon sahaja dengan sifat peranti yang lebih pantas dan berprestasi tinggi berbanding peranti berasaskan Silikon. Dengan kekuatan bahan lebih 100 kali daripada kekal bersifat 90% transparen, ia boleh juga diaplikasikan dalam bidang soft electronics seperti flexible display. Peranti elektronik berasaskan bahan nanokarbon ini dijangka akan menjadi asas kepada teknologi masa hadapan selepas era CMOS beberapa dekad lagi dalam teknologi pemprosesan digital yang mempunyai pelbagai fungsi, lebih pantas, mesra alam dan menjimatkan tenaga.