• 99695757
  • 99695758
  • 99695757
  • 99695758
1

Dato’ Dr.Hassan Ahmad: Cendiakawan Melayu Terulung

Regular price
RM 120.00
Sale price
RM 120.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Dato’ Dr.Hassan Ahmad: Cendiakawan Melayu Terulung 

Author: Nor Azuwan Yaakob
Publisher: UPM Press
ISBN: 9789673443307
Weight: 0.877 kg
Pages: 412pp
Year: 2013
Price: RM120

Kekuatan dan kekayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, pemikiran dan budaya tinggi dapat diperkasa melalui penghasilan buku yang bermutu tinggi dalam bahasa tersebut," tegas Dato' Dr. Hassan Ahmad (HA) Beliau menegaskan bahawa perusahaan buku tidak boleh bermotif ekonomi semata-mata, malah merupakan perusahaan ilmu pengetahuan (knowledge industry). HA berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selama 25 tahun (1963-1988), dan menerajui jawatan Ketua Pengarah DBP selama 12 tahun (1976-1988). Beliau merupakan tokoh tersohor dan berpengalaman luas dalam penerbitan buku, perancangan bahasa dan sastera, penyelidikan serta pengurusan. Beliau pernah digelar The Godfather of Malaysian Book World' dan menerima 'Anugerah Tokoh Pembangunan Buku Negara' (2005) serta merupakan tokoh ilmuwan dan intelektual dalam pelbagai bidang malah 'pejuang bahasa yang sangat berani.

Hassan Ahmad dilantik sebagai Wakil Tetap Malaysia ke United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization, (UNESCO) di Paris (1988). Di UNESCO, beliau menjalankan tugas rasmi sebagai wakil Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa antara kerajaan serta melakukan beberapa usaha yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa, di samping menegur kelemahan kepemimpinan dan pengurusan agensi antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu. Sekembalinya dari Paris, HA menubuhkan Yayasan Karyawan pada 30 Ogos 1996 dan terus menerajuinya selama 15 tahun sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 31 Ogos 2011.