Abraham Lincoln : Tahun-Tahun Perang
- Regular price
- RM 56.00
- Sale price
- RM 56.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Abraham Lincoln: Tahun-Tahun Perang
Author: Carl Sandburg
Publisher: IBDE
ISBN: 9789671441848
Weight: 0.595
Pages: 549pp
Year: 2016
Price: RM56.00
Pemilihan Lincoln sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-16 pada tahun 1861 menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong perhambaan, sehinggakan beliau diancam bunuh.
Amerika terpecah lebih teruk apabila penyokong perhambaan memisahkan beberapa negeri untuk membentuk Konfederasi.
Lincoln tidak mempunyai banyak pilihan. Beliau membentuk kabinet campuran yang terdiri daripada tokoh-tokoh Republikan dan Demokrat, mendakwa tindakan Negeri-negeri memisahkan diri dan membentuk Konfederasi sebagai tidak sah, mendapatkan sokongan Demokrat dan orang ramai untuk mempertahankan Kesatuan, melancarkan Perang Sivil demi tujuan tersebut.
Tahun-tahun Perang (jilid 2) mengisahkan bagaimana sulitnya Lincoln berusaha mempertahankan Kesatuan, termasuk dengan mengambil langkah berani membuat Perisytiharan Pembebasan.
Ketika ramai penyokong Kesatuan mulai meragui Perang Sivil sebagai langkah wajar untuk keluar daripada kemelut yang meruncing di Amerika, Lincoln bertegas untuk meneruskannya semasa menyampaikan ucapan di Gettysburg yang masyhur dalam mendefinisikan demokrasi – pemerintahan rakyat, dari rakyat, untuk rakyat.