• penerapan_mahathirisme-500x500
  • penerapan_mahathirisme-500x500
  • 99703796
  • 99703797
1

Penerapan Mahathirisme dalam Era Pentadbiran Najib Razak

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Penerapan Mahathirisme dalam Era Pentadbiran Najib Razak

Author: Muhammad Effendi Ismail
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674129330
Pages: 171
Weight:
Year: 2019
Price: RM 35

Mahathirisme adalah ideologi kepimpinan yang berakar daripada individu yang pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pendekatan ini merujuk kepada bentuk kerangka pemahaman Tun Dr. Mahathir yang cuba merubah negara Malaysia menuju ke arah negara maju berteraskan lima aspek utama, iaitu dasar pemerintahan, Islamisme, pengukuhan ekonomi, strategi politik, dan gaya kepimpinan. Mahathirisme menarik untuk dianalisis kerana pengaruh beliau masih dapat dilihat hingga pada hari ini. Hal tersebut terbukti apabila buat kali pertama dalam sejarah, Barisan Nasional telah berjaya ditumbangkan oleh Pakatan Harapan dalam PRU-14 di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir. Beliau juga sekali lagi diangkat semula oleh rakyat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh. Buku ini mengajak pembaca memahami dan menilai perkembangan pendekatan Mahathirisme secara analitikal. Ini kerana kebanyakan perbincangan mengenai Mahathirisme hanya terdapat dalam artikel bersifat penulisan popular sahaja. Justeru, pendekatan ini dapat dilihat secara akademik dan dianalisis secara ilmiah. Secara tidak langsung, buku ini dapat memberi sumbangan terhadap bidang akademik di negara ini, khususnya dalam bidang Sains Politik dan Pentadbiran Awam.