• teungku_muhammad_dawud-500x500
  • teungku_muhammad_dawud-500x500
  • 99702237
  • 99702238
  • 99702237
  • 99702238
1

Teungku Muhammad Dawud Beureu-eh

Regular price
RM 40.00
Sale price
RM 40.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Teungku Muhammad Dawud Beureu-eh

Author: Hasanuddin Yusuf Adan

Publisher: UKM Press

ISBN: 9679426866

Weight:

Page: 180pp

Year: 2005

Price: RM40

Teungku Muhammad Dawud Beureu-eh berasal daripada sebuah keluarga sederhana yang sangat terikat dengan nilai-nilai Islam. Semasa kecil beliau mendapat ilmu pengetahuan di pendidikan pondok di Aceh. Walaupun tidak pernah belajar di pusat pendidikan formal dan moden dan institusi pengajian tinggi namun beliau memperlihatkan kemampuan yang luar biasa. Pendidikan yang sedikit itu mampu menjadikannya seorang guru, pendakwah, ulama dan pemimpin dengan membangunkan dayah dan madrasah sebagai tempat beliau mendidik ummat di Aceh. Berhadapan dengan cabaran daripada berbagai-bagai jenis manusia menjadikan beliau seorang ulama dan pemimpin besar yang matang dan mempunyai wawasan ke hadapan. Latar belakang inilah yang membuat pengaruh beliau semakin tersebar di seluruh tanah air dan merentasi sempadan antarabangsa. Beliau telah menjernihkan tauhid dan akidah ummat daripada kesesatan yang datangnya bukan hanya daripada pihak luaran tetapi juga daripada pihak dalaman. Melalui dakwahnya, beliau berjaya menyatukan ummat menjadi satu jamaah yang kuat dan berkemampuan serta sanggup melahirkan pembaharuan di merata tempat dan mampu pula memerangi kaum penjajah bagi mewujudkan sebuah negara yang ditadbir berdasarkan undang-undang Islam. Kejayaannya memimpin rakyat Aceh mengusir Belanda menghadapi kebuntuan apabila terpaksa pula tunduk kepada kawalan Pemerintah Pusat di Jakarta selepas Republik Indonesia mendapat kemerdekaan.