• 99694737
  • 99694738
  • 99694737
  • 99694738
1

Metodologi Tafsir Al-Quran

Regular price
RM 45.00
Sale price
RM 45.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Metodologi Tafsir Al-Quran

Author: Yahaya Jusoh, Ahmad Kilan @ Kilani Mohamed
Publisher: UTM Press
ISBN: 9789835218149
Weight: 0.8kg
Pages:214pp
Year: 2023
Price: RM45

Metodologi Tafsir al-Quran, suatu metodologi penyelidikan ilmiah yang dapat diaplikasikan bersama  metodologi penyelidikan sains moden. Buku ini  merangkumi enam bab iaitu Pengenalan Metodologi Tafsir al-Quran, Pengertian Metodologi Tafsir al-Quran, Sejarah Perkembangan Metodologi Tafsir al-Quran, Model Metodologi Tafsir al-Quran Secara Umum, Model Metodologi Tafsir al-Quran Secara Khusus, dan Aplikasi Metodologi Tafsir al-Quran Terhadap Metodologi Penyelidikan Ilmiah Sains Moden. 

Metodologi tafsir secara umum merangkumi dua kaedah iaitu tafsir al-ma’thur dan tafsir bi al-ra’yi. Tafsir al-ma’thur ialah kaedah tafsir yang berdasarkan al-Quran, hadis, pendapat sahabat, dan tabiin.  Tafsir bi al-ra’yi (pemikiran/falsafah) pula disebut  tafsir ilmi (ilmiah) sesuai dengan aplikasinya pada zaman ini yang  pesat dengan perkembangan ilmu pengetahuan sains dan teknologi.

 Melalui perkembangan ilmu tafsir al-Quran telah muncul empat kaedah tafsir, iaitu tafsir tahlili (menganalisis sebuah al-Quran), tafsir ijmali (merumuskan sebuah al-Quran), tafsir muqaran (membandingkan beberapa tafsir terhadap sesuatu topik), dan tafsir maudu‘i (memilih satu surah atau topik  yang menghuraikan secara integratif dan komprehensif). Kaedah tafsir maudu‘i (tematik) kaedah tafsir yang  terkini ini dapat dikaitkan dengan beberapa kaedah penulisan penyelidikan ilmiah, pendekatan tafsir maudu‘i dengan adab ijtima‘i (sosiobudaya), pendekatan tafsir maudu‘i dengan kaedah tekstual dan kontekstual, pendekatan tafsir maudu‘i dengan interdisiplin dan multidisiplin, dan pendekatan tafsir maudu‘i dengan kaedah penyelidikan secara kualitatif dan kuantitatif, juga pendekatan falsafah sains al-Quran turut dibincangkan dalam buku ini. Penerbitan buku ini diharapkan dapat menambahkan khazanah rujukan yang berasaskan metodologi tafsir al-Quran.