Epistemologi Saintifik Amali Fizik Dan Kefahaman
- Regular price
- RM 60.00
- Sale price
- RM 60.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Epistemologi Saintifik Amali Fizik Dan Kefahaman
Author:Noorzana Khamis, Fatin Aliah Awang
Publisher: UTM Press
ISBN: 9789835219122
Weight: 0.45kg
Pages:134pp
Year: 2023
Price: RM60
Epistemologi saintifik merujuk kepada sifat ilmu saintifik iaitu satu huraian bagaimana seseorang boleh mengetahui, menilai dan membentuk kepercayaan terhadap perkembangan ilmu saintifik. Sekiranya dapat membentuk epistemologi saintifik yang canggih, minat dan pencapaian dalam fizik dapat ditingkatkan. Dalam meningkatkan kualiti pendidikan Fizik, pembelajaran amali fizik adalah satu medium yang menyediakan peluang untuk meneroka, melakukan eksperimen dan mengaplikasikan kemahiran saintifik. Walau bagaimanapun, perbincangan mengenai pembinaan ilmu fizik semasa pembelajaran amali fizik masih tiada penjelasan khusus. Oleh itu, bagi memahami amalan dan aktiviti saintifik, buku ini dapat memberi kefahaman bagaimana meningkatkan epistemologi saintifik. Ditambah pula, amalan pedagogi semasa pembelajaran amali perlu diberi lebih perhatian dalam membentuk cara dan kaedah mempelajari ilmu fizik yang lebih menyeronokkan.