Jurnal Svara Isu 17: Pendeta Dari Bogor
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 25.00
Worldwide shipping
Secure payments
Authentic products
Share
Jurnal Svara Isu 17: Pendeta Dari Bogor
Publisher: Pelita Tenggara Enterprise
ISBN: 97727165426
Weight: 700 g
Pages: 71 ms
Year: 2026
Price: RM25
Jurnal Svara ialah sebuah penerbitan berkala di Malaysia yang memberi tumpuan kepada perihal budaya. Diterbitkan 4 kali setahun, setiap isu memuatkan esei-esei panjang, cerpen dan sajak daripada pelbagai penulis meliputi hal-hal berkaitan kritik sastera, filem, muzik, wawancara dan lain-lain.
Ini kali pertama Svara memusatkan tumpuan hanya kepada 3 orang tokoh sahaja, sebagai teras kandungan bagi edisi ke-17 ini. Hanya tiga orang, dengan sorotan hal-hal berkaitan mereka semata-mata, dan tidak lebih daripada itu:
- Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas - Yang telah dikurniakan gelaran Professor Diraja oleh kerajaan Malaysia dan merupakan orang kedua yang menerima gelar itu, selepas Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid pada 1978.
- Arena Wati - Seorang pengarang yang tekal dan cekal yang boleh dilihat dari perwatakan, penulisan, fikiran serta tindakan, Semua itu dibentuk oleh dua persekitaran yang saling berseberangan: samudera dan daratan.
- Yukio Mishima - Sang nasionalis tegar dari Jepun yang hidup dan bernafas dalam kepercayaan dan tradisi yang ketat: sesuatu yang dihirupnya seperti udara, ditelannya untuk mendarah daging.
×
×